Saturday, October 24, 2009

Persoalan Agama: Pembaca keliru surah al-Taubah tanpa Bismillah


Jawapan:
Ada pelbagai penjelasan ulama tafsir berhubung perkara ini. Sebagai contoh diperjelaskan oleh al-Qurtubi dalam tafsirnya, al-Jamik Li ahkam al-Quran.

Pandangan pertama ialah menjadi tradisi masyarakat Arab yang sengaja menggugurkan al-Basmalah apabila berlaku pencerobohan atau memungkiri janji. Sikap pihak Quraisy memungkiri janji menyebabkan surah ini diturunkan tanpa dimulakan dengan al-Basmalah.

Pandangan kedua pula yang diriwayatkan al-Nasaei ahmad daripada Muhammad al-Muthanna bahawa Ibn Abbas pernah bertanyakan kepada Uthman Affan, mengapakah surah al-Taubah termasuk dalam kategori suah al-Mi`in digabungkan dengan al-Anfal yang sebahagian surah al-Mathani.

Jawapan Uthman adalah perkara itu ditetapkan Nabi SAW tanpa penjelasan sehingga Baginda wafat. Uthman hanya berkata, kedua-dua surah itu mengandungi mesej hampir sama. Perkara ini juga diriwayatkan al-Tirmizi dalam jalan periwayatan.

Pandangan ketiga pula daripada Abu Ismah dan Kahrijah bahawa sahabat berselisih pandangan terhadap surah al-Anfal dan al-Taubah. Apakah kedua-duanya membentuk surah yang sama atau berbeza.

Apabila kedua-dua golongan itu tidak bersetuju, maka jalan tengah yang dipilih ialah membiarkan surah al-Taubah tanpa dimulakan al-Basmalah bagi menerima pandangan yang mengatakan ia sebahagian surah al-Anfal. Pada masa yang sama, surah al-Taubah dimulakan dengan nombor pertama bagi menerima hujah pihak kedua yang mengatakan ia adalah surah berbeza.

Pandangan keempat yang menjadi pilihan kebanyakan ulama bersumberkan daripada Ibn Abbas yang mengatakan al-Basmalah yang diletakkan pada permulaan surah membawa syiar kedamaian sedangkan surah al-Taubah ini mengetengahkan mesej yang tegas iaitu amaran dan peperangan.

Surah ini menyampaikan pernyataan umum putusnya ikatan dan perjanjian antara Muslimin dengan Musyrikin, kecuali sebahagian perjanjian yang sudah ditetapkan ketika berlakunya hingga ke waktu tertentu. Itupun jika perjanjian itu tidak dilanggar atau dirosakkan. Musyrikin sengaja melakukan helah terhadap Muslimin seperti menjalin hubungan dengan Yahudi dan mengingkari ketetapan yang ditandatangani bersama.

Perkara ini mengakibatkan ikatan persefahaman yang dimeterai bersama dirungkai dan tiada lagi tanggungjawab moral terhadap pengkhianatan itu.

Islam mesti membuat perhitungan dengan mereka. Demikian latar belakang peristiwa berkaitan dengan turunnya surah al-Taubah atau dinamakan juga sebagai al-Bara`ah seperti yang diperjelaskan Ibn Jarir dalam tafsirnya. Inti pati peringatan daripada surah ini dapat difahami dengan jelas menerusi ayat pertama surah berkenaan iaitu: "(Ini adalah) pemutusan tanggungjawab (pembatalan perjanjian) daripada Allah SWT dan Rasul-Nya terhadap golongan kafir musyrik yang kamu mengikat perjanjian setia (dengan mereka)."

Menurut Sufyan Uyainah, al-Basmalah yang terletak pada awal surah mengandungi makna rahmat yang diperuntukkan untuk kalangan Mukminin. Ini berbeza terhadap golongan Musyrikin, munafik dan kafir yang menjadi penentang Islam. Mereka tidak layak mendapat jaminan itu.

Bagaimanapun, setiap penjelasan ini sebenarnya adalah pandangan ulama di kalangan sahabat dan tabi'in. Memadailah untuk kita mengatakan setiap perkara yang berhubung dengan al-Quran adalah ketetapan Allah SWT secara tawqifiy.

Apabila Nabi SAW memperdengarkan bacaan al-Anfal hingga ke penghujung, maka Baginda menyambung dengan surah al-Taubah tanpa membacakan al-Basmalaha, wallahu a'lam.

Monday, August 3, 2009

Anak Derhaka Atau Ibu Bapa Yang Derhaka Pada Anak-Anak?

Seringkali kita mendengar yang zaman sekarang anak-anak makin ramai yang derhaka kepada ibubapa. Disebalik fenomena yang berlaku ini adakah kita (Ibubapa) mengkaji dan merenung sejenak kenapa anak-anak pada hari ini semakin nakal,jahat dan menderhakai kepada ibubapa mereka? Jika ibubapa mendidik anak-anak dengan betul mengikut gaya hidup islam perkara sebegini dapat dikurangkan. Apabila anak derhaka kepada ibubapa kita bising tetapi adakah kita telah mendidik anak-anak kita dengan betul? Didikan agama yang cukup? Apa kata kita lihat dahulu kisah di bawah :-




Seorang lelaki telah datang menemui Khalifah Umar al-Khattab r.a. mengadukan hal kederhakaan anaknya. Lalu Umar memanggil anak lelaki itu dan memarahinya kerana derhaka kepada bapanya serta lupa kepada hak-hak bapanya. Anak itu menjawab: “Wahai Amirul Mukminin, tidakkah anak mempunyai hak ke atas bapanya?” Umar menjawab: “Ya.” Dia bertanya lagi: “Apakah ia wahai Amirul Mukminin?” Jawab Umar: “Memilih ibunya, memberikan nama yang baik dan mengajarnya al-Kitab (al-Quran).” Anak itu berkata: “Wahai Amirul Mukminin! Sesungguhnya bapaku tidak pernah melakukan satu pun perkara tersebut. Mengenali ibu saya, dia dahulunya seorang hamba berkulit hitam dan tuannya seorang Majusi. Saya pula dinamakan “Ju’olan” iaitu sejenis kumbang biasa berwarna hitam. Dia juga tidak pernah mengajarkan aku walau satu huruf pun dari al-Quran. Umar lantas berkata kepada lelaki itu: “Kamu telah datang mengadukan kederhakaan anakmu, walhal kamulah yang telah menderhakainya. Kamulah yang telah berlaku buruj dan jahat sebelum dia berlaku demikian terhadapmu.” Begitulah, Saidina Umar meletakkan kesalahan kepada si bapa, lantaran kecuaiannya dalam mendidik anaknya sendiri.




Benarlah kata-kata Pensyarah subjek Institusi Islamku mengatakan kajian dibuat sebenarnya pada zaman sekarang lebih ramai ibubapa yang menderhaka kepada anak-anak kerana didikan agama tidak diberi secukupnya kepada anak-anak dan lahirnya genarasi tidak bertamadun zaman moden yang ada pada hari ini. Jadi, didiklah anak-anak sejak dari dalam kandungan lagi. Semoga generasi pewaris kita hidup dalam jalan yang diredhai oleh yang Maha Esa.

Monday, July 6, 2009

4 Perkara Sebelum Tidur


Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : " Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu :


1.Sebelum khatam Al Qur'an. 2.Sebelum membuat para Nabi memberimu syafaat di hari akhir. 3.Sebelum para muslim meridhoi kamu. 4.Sebelum kau laksanakan haji dan umrah...


" Bertanya Aisyah : " Ya Rasulullah .............Bagaimana aku dapat melaksanakan 4 perkara seketika.?"


Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an."


"Membacalah Sholawat untuk Ku dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat dihari kiamat "


"Beristighfarlah untuk para muslimin maka meraka akan meridhoi kamu."


"Dan perbanyaklah bertasbih,bertahmid,bertahlil,bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah."

Tuesday, June 30, 2009

DIALOG RASULLULLAH DENGAN IBLIS

Rasullullah S.A.W pernah bertanya kepada iblis, "Wahai Iblis! Apakah ikhtiarmu ke atas umatku.Aku telah dibangkitkan utk menyelamatkan semua umat manusia agar beriman kepada Allah S.W.T."


Jawab Iblis: "Ya Rasullullah, demi kemuliaanmu aku akan bersungguh-sungguh menyesatkan umat manusia dari mengikuti ajaranmu. Aku akan mencampurkan lelaki dengan wanita supaya mudah aku mencelah di tengahnya."


Tanya Rasullullah lagi: "Wahai Iblis! Apa lagi yang engkau musykilkan?"
Jawab Iblis: "Ya Muhammad! Sebenarnya aku amat hairan dengan sikap umatmu dalam dua perkara iaitu:


Mereka mengakui menyintai Allah S.W.T tetapi pada masa yg sama mereka masih melakukan maksiat dan perbuatan munkar. Kedua, mereka sangat benci akan tabiatku tetapi mereka masih mahu mengikut segala hasutanku."


Firman Allah kepada Iblis: "Sememangnya engkau adalah makhluk terkutuk, demi kemuliaanKu, akan Aku berikan kepada umat Muhammad dua kegembiraan iaitu: kecintaan mereka terhadapKu akan Aku jadikan penebus dosa di atas kesalahan yg telah mereka lakukan kerana helahmu. Kedua, marahnya mereka terhadapmu akan Aku jadikan penebus dosa bagi maksiat yg telah mereka lakukan..."


Maka tercenganglah Iblis mendengar penjelasan sedemikian dari Allah S.W.T. Sedarlah Iblis bahawa umat Muhammad adalah umat yang disayangi Allah S.W.T yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

Sunday, June 28, 2009

KEISTIMEWAAN SOLAT SUBUH BERJEMAAH DI AWAL WAKTU

1) Pahala Tanpa Batas –

i) Pahala Solat Satu Malam Penuh

رواية مسلم دري عثمان بن عفان رسول الله برسبدا : "مَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ جَمَاعَةً فَكَأَنَّمَا قَامَ نِصْفَ اللَّيـْلِ ,وَمَنْ صَلَّـى الصُّبْحَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا صَلَّى اللَّيْلَ كُلَّهُ "

Riwayat Muslim Dari Uthman Bin Affan Rasulullah Bersabda ;-“ Barang siapa yang Solat Isyak berjemaah maka seakan-akan dia telah solat setengah malam. Dan barang siapa yang solat subuh berjemaah maka seakan – akan dia telah melaksanakan solat satu malam penuh….”(HR MUSLIM)

ii) Sumber Cahaya di Hari Kiamat

رسول الله برسبدا:بَشِّـِر الْـمَشَّائِيْنَ فِي الظُّلَمِ اِلَى الْمَسَاجِدِ بِالنُّوْرِ التَّامِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Rasulullah bersabda :- “ Berikanlah Khabar Gembira kepada orang-orang yang banyak berjalan dalam kegelapan menuju ke Masjid dengan cahaya yang sangat terang pada hari kiamat” ( HR ABU DAWUD, AT-TIRMIZI, DAN IBNU MAJAH )

iii) Dijanjikan Syurga.

دروايتكن ابو موسى اي بركات رسول الله برسبدا:"مَنْ صَلَّى الْبَـرْدَيْنِ دَخَـلَ الْجَنَّـةَ"

Diriwayatkan Abu Musa Ia berkata Rasullah bersabda :- Barang Siapa Yang Solat Dua Waktu Yang Dingin Maka Akan masuk Syurga..” (HR AL- BUKHARI)

2) Seksa Pedih Bagi Yang Meninggalkannya

دروايتكن درفد ابو هريرة رسول الله صلى الله عليه وسلم برسبدا :-" اِن َّ أَوَّلَ مَـــا يُحَــــاسِبُ النَّاسُ بِهِ يــُــــوْمَ الْقِيَـــــامَةِ مِنْ اَعْمَالِهِمْ الــــــــصَّلَاةُ,........"

Diriwayatkan Daripada Abu Hurairah Rasulullah S.A.W Bersabda:- Sesungguhnya amal manusia yang pertama kali dihisab(dihitung) pada hari kiamat adalah SOLAT……” ( HR AT-TIRMIZI, ABU DAWUD, AN-NASA’I, IBNU MAJAH, AD-DARIMI DAN AHMAD )

3) Waktu Subuh Menjadi Saksi Pada Hari Kiamat.

Allah berfirman :-

'’Demi Fajar. Dan Malam Yang Sepuluh’’ ( Surah Al-Fajr: 1-2).

4) Berada di bawah Lindungan Allah

دروايتكن درفد جندب بن صفيان بهاوا رسول الله صلى الله عليه وسلم برسبدا :- " مَنْ صَلَّى الصُّبْحَ فَهُوَ فِي ذِمَّةِ اللّهُ ......."

Diriwayatkan Daripada Jundab bin Sufyan Bahawa Rasulullah S.A.W Bersabda :- “ Barang Siapa Yang Menunaikan Solat Subuh maka ia berada dalam Jaminan Allah…….” ( HR AT-TIRMIDZI, DAN IBNU MAJAH)

5) Berkah di Waktu Pagi

Diriwayatkan dari Shakhr Al-Ghamidi, ia berkata Rasulullah bersabda, “ Ya Allah berkatilah umatku di waktu pagi. {HR At-Tirmizi,Abu Dawud,Ahmad & Ibnu Majah}.

6) Penghapus Dosa Setengah Usia

دروايتكن دري ابو هريرة بهاوا رسول الله صلى الله عليه وسلم برسبدا :- " الَصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ وَالْجُمُعَةُ اِلَى الْجُمُعَةِ وَرَمَضَانُ اِلَى رَمَضَانَ مُكَفَّرَاتٌ مَا بَيْنَهُنَّ اِذَا اِجْتَنَبَ الْكَبَائِرَ"

Diriwayatkan Dari Abu Hurairah , Bahawa Rasulullah S.A.W Bersabda :- Solat Lima Waktu, Jumaat ke Jumaat, dan Ramadhan ke Ramadhan, adalah penghapus Dosa di antara keduanya, apabila menjauhi dosa-dosa besar. (HR MUSLIM)

7) Latihan Bagi Pemantapan Keimanan Dan Rohani

8) Muara Ilmu Dan Iman :-

– Ilmu Mudah Masuk / Lekat Pada Waktu Pagi.

- Iman Perlu Dicari, Kerana ia Tidak Dapat Diwarisi Walaupun

Dari Seorang Ayah Yang Soleh.

9) Perlakuan Khusus Solat Subuh :-

i) Merupakan Solat yang pertama diwajibkan ke atas kaum

Muslimin.

ii) Azan Subuh Berbeza dengan Azan Solat-Solat yang lain.

iii) Rasulullah Menggalakkan memanjangkan bacaan Solat

Subuh.

iv) Bacaan Khusus Hari Jumaat Pada Waktu Solat Subuh.

(Surah & Sujud Sajaadah)

v) Solat Subuh Tidak Boleh di Qasar dan Dijamakkan.

vi) Kelebihan Doa Waktu Subuh

- Hadis yang diriwayatkan dari Muslim bin Al- Harits. Ia berkata Rasulullah S.A.W Berbicara mengatakan padanya “ Jika kamu solat Subuh , sebelum kamu berbicara , bacalah :-

" اَلــلَّـــــهُمَّ أَجِرْنـِــــيْ مِنَ النَّارِ "

Sebanyak 7x, maka jika kamu mati hari itu Allah akan melindungimu dari azab api neraka. (HR ABU DAWUD, DAN IMAM NASA’I)

10) Solat Yang Lebih Mulia Daripada Dunia Dan Seisinya

Rasulullah S.A.W Bersabda yang diriwayatkan dari Aisyah ;-

رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرَ مِنْ الدُّنْيـَا وَمـَا فِيْهَـا ........"

‘’ Dua Rakaat Fajar lebih baik dari Dunia dan Seisinya “ (HR MUSLIM).

Dipanjangkan Oleh:-,

Hj Mohd Uzaini Hj Mad Zaid.