Saturday, November 7, 2009

Sedikit Pengetahuan :Perbandingan Pelaburan Emas Dan ASB

1. Satu perkara yang jelas disini adalah pelaburan emas adalah berbentuk ‘capital gain’ iaitu kenaikan modal. Kita mendapat keuntungan apabila berlaku kenaikan modal ke atas sesuatu barang.



2. Manakala ASB adalah jenis ‘compound dividen’. Kita mendapat keuntungan berdasarkan peratusan dividen keatas modal kita.


3. Emas dan ASB merupakan aset kita yang berharga sekali. Tetapi kedua kumpulan ini adalah daripada jenis aset yang berbeza. Emas adalah fizikal aset dan ASB adalah paper aset.


4. Keburukan paper aset ini adalah aset anda hanya dinyatakan dalam buku pelaburan sahaja. Jika pelaburan anda dalam ASB bernilai RM100,000 maka ia hanya tercatat dalam buku sahaja.


5. Jika berlaku kecemasan, buku aset anda itu tidak akan diterima oleh mana-mana pihak atau syarikat. Itulah keburukan paper aset.


6. Manakala bagi Emas yang merupakan fizikal aset, aset anda dinyatakan dengan jelas melalui fizikal emas itu sendiri. Jika emas anda seberat 200gram, maka nilai barang anda itu adalah bernilai emas 200gram.


7. Jika berlaku kecemasan, fizikal aset amat penting sekali. Fizikal aset mudah sekali diterima ramai jika anda ingin menjualnya kerana orang ramai mengiktiraf nilai fizikal aset anda itu.


8. Pelabur yang bijak perlu melibatkan diri dalam kedua-dua kelas aset ini. Dapatkan paper aset dan juga fizikal aset.


9. Ini kerana berdasarkan pelabur yang berjaya, mereka tidak fokus kepada satu jenis kelas aset sahaja. Mereka mempelbagaikan aset mereka. Mereka berpegang kepada kata-kata ini ”Don’t put all eggs in one basket


rutab_my@yahoo.com

Saturday, October 24, 2009

Persoalan Agama: Pembaca keliru surah al-Taubah tanpa Bismillah


Jawapan:
Ada pelbagai penjelasan ulama tafsir berhubung perkara ini. Sebagai contoh diperjelaskan oleh al-Qurtubi dalam tafsirnya, al-Jamik Li ahkam al-Quran.

Pandangan pertama ialah menjadi tradisi masyarakat Arab yang sengaja menggugurkan al-Basmalah apabila berlaku pencerobohan atau memungkiri janji. Sikap pihak Quraisy memungkiri janji menyebabkan surah ini diturunkan tanpa dimulakan dengan al-Basmalah.

Pandangan kedua pula yang diriwayatkan al-Nasaei ahmad daripada Muhammad al-Muthanna bahawa Ibn Abbas pernah bertanyakan kepada Uthman Affan, mengapakah surah al-Taubah termasuk dalam kategori suah al-Mi`in digabungkan dengan al-Anfal yang sebahagian surah al-Mathani.

Jawapan Uthman adalah perkara itu ditetapkan Nabi SAW tanpa penjelasan sehingga Baginda wafat. Uthman hanya berkata, kedua-dua surah itu mengandungi mesej hampir sama. Perkara ini juga diriwayatkan al-Tirmizi dalam jalan periwayatan.

Pandangan ketiga pula daripada Abu Ismah dan Kahrijah bahawa sahabat berselisih pandangan terhadap surah al-Anfal dan al-Taubah. Apakah kedua-duanya membentuk surah yang sama atau berbeza.

Apabila kedua-dua golongan itu tidak bersetuju, maka jalan tengah yang dipilih ialah membiarkan surah al-Taubah tanpa dimulakan al-Basmalah bagi menerima pandangan yang mengatakan ia sebahagian surah al-Anfal. Pada masa yang sama, surah al-Taubah dimulakan dengan nombor pertama bagi menerima hujah pihak kedua yang mengatakan ia adalah surah berbeza.

Pandangan keempat yang menjadi pilihan kebanyakan ulama bersumberkan daripada Ibn Abbas yang mengatakan al-Basmalah yang diletakkan pada permulaan surah membawa syiar kedamaian sedangkan surah al-Taubah ini mengetengahkan mesej yang tegas iaitu amaran dan peperangan.

Surah ini menyampaikan pernyataan umum putusnya ikatan dan perjanjian antara Muslimin dengan Musyrikin, kecuali sebahagian perjanjian yang sudah ditetapkan ketika berlakunya hingga ke waktu tertentu. Itupun jika perjanjian itu tidak dilanggar atau dirosakkan. Musyrikin sengaja melakukan helah terhadap Muslimin seperti menjalin hubungan dengan Yahudi dan mengingkari ketetapan yang ditandatangani bersama.

Perkara ini mengakibatkan ikatan persefahaman yang dimeterai bersama dirungkai dan tiada lagi tanggungjawab moral terhadap pengkhianatan itu.

Islam mesti membuat perhitungan dengan mereka. Demikian latar belakang peristiwa berkaitan dengan turunnya surah al-Taubah atau dinamakan juga sebagai al-Bara`ah seperti yang diperjelaskan Ibn Jarir dalam tafsirnya. Inti pati peringatan daripada surah ini dapat difahami dengan jelas menerusi ayat pertama surah berkenaan iaitu: "(Ini adalah) pemutusan tanggungjawab (pembatalan perjanjian) daripada Allah SWT dan Rasul-Nya terhadap golongan kafir musyrik yang kamu mengikat perjanjian setia (dengan mereka)."

Menurut Sufyan Uyainah, al-Basmalah yang terletak pada awal surah mengandungi makna rahmat yang diperuntukkan untuk kalangan Mukminin. Ini berbeza terhadap golongan Musyrikin, munafik dan kafir yang menjadi penentang Islam. Mereka tidak layak mendapat jaminan itu.

Bagaimanapun, setiap penjelasan ini sebenarnya adalah pandangan ulama di kalangan sahabat dan tabi'in. Memadailah untuk kita mengatakan setiap perkara yang berhubung dengan al-Quran adalah ketetapan Allah SWT secara tawqifiy.

Apabila Nabi SAW memperdengarkan bacaan al-Anfal hingga ke penghujung, maka Baginda menyambung dengan surah al-Taubah tanpa membacakan al-Basmalaha, wallahu a'lam.

Monday, August 3, 2009

Anak Derhaka Atau Ibu Bapa Yang Derhaka Pada Anak-Anak?

Seringkali kita mendengar yang zaman sekarang anak-anak makin ramai yang derhaka kepada ibubapa. Disebalik fenomena yang berlaku ini adakah kita (Ibubapa) mengkaji dan merenung sejenak kenapa anak-anak pada hari ini semakin nakal,jahat dan menderhakai kepada ibubapa mereka? Jika ibubapa mendidik anak-anak dengan betul mengikut gaya hidup islam perkara sebegini dapat dikurangkan. Apabila anak derhaka kepada ibubapa kita bising tetapi adakah kita telah mendidik anak-anak kita dengan betul? Didikan agama yang cukup? Apa kata kita lihat dahulu kisah di bawah :-




Seorang lelaki telah datang menemui Khalifah Umar al-Khattab r.a. mengadukan hal kederhakaan anaknya. Lalu Umar memanggil anak lelaki itu dan memarahinya kerana derhaka kepada bapanya serta lupa kepada hak-hak bapanya. Anak itu menjawab: “Wahai Amirul Mukminin, tidakkah anak mempunyai hak ke atas bapanya?” Umar menjawab: “Ya.” Dia bertanya lagi: “Apakah ia wahai Amirul Mukminin?” Jawab Umar: “Memilih ibunya, memberikan nama yang baik dan mengajarnya al-Kitab (al-Quran).” Anak itu berkata: “Wahai Amirul Mukminin! Sesungguhnya bapaku tidak pernah melakukan satu pun perkara tersebut. Mengenali ibu saya, dia dahulunya seorang hamba berkulit hitam dan tuannya seorang Majusi. Saya pula dinamakan “Ju’olan” iaitu sejenis kumbang biasa berwarna hitam. Dia juga tidak pernah mengajarkan aku walau satu huruf pun dari al-Quran. Umar lantas berkata kepada lelaki itu: “Kamu telah datang mengadukan kederhakaan anakmu, walhal kamulah yang telah menderhakainya. Kamulah yang telah berlaku buruj dan jahat sebelum dia berlaku demikian terhadapmu.” Begitulah, Saidina Umar meletakkan kesalahan kepada si bapa, lantaran kecuaiannya dalam mendidik anaknya sendiri.




Benarlah kata-kata Pensyarah subjek Institusi Islamku mengatakan kajian dibuat sebenarnya pada zaman sekarang lebih ramai ibubapa yang menderhaka kepada anak-anak kerana didikan agama tidak diberi secukupnya kepada anak-anak dan lahirnya genarasi tidak bertamadun zaman moden yang ada pada hari ini. Jadi, didiklah anak-anak sejak dari dalam kandungan lagi. Semoga generasi pewaris kita hidup dalam jalan yang diredhai oleh yang Maha Esa.