Dari Abu Firas rahmatullah ‘alaih (seorang dari Kabilah Aslam) telah berkata: seorang telah berseru dan bertanya: ya Rasulullah! Apa itu iman? Nabi SAW bersabda: Iman itu ialah ikhlas. (HR Baihaqi)
Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Besarkanlah Allah SWT dalam hati kamu nescaya kamu akan diampuniNya. (HR Ahmad)
Dari Ibnu ‘Abbas r.huma, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Ada dua macam kenikmatan yang keduanya itu disia-siakan oleh sebagian besar manusia iaitu kesihatan dan kelapangan waktu. (Riwayat Bukhari)
Banyak lagi hadis...
Thursday, July 15, 2010
Thursday, July 8, 2010
Sunday, July 4, 2010
Munajatku.. Ampinilah dosaku Ya Allah !!
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِيْ مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ، وَمَا أَعْلَنْتُ وَمَا أَسْرَرْتُ، أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ
.
"Ya Allah, ampunilah aku, sama ada apa yang telah aku mulakan dan akhirkan, dan apa yang telah aku lakukan dengan terang dan sembunyi, Engkaulah Yang Memulakan dan Mengakhirkan, Tiada Tuhan Melainkan Engkau"
.
"Ya Allah, ampunilah aku, sama ada apa yang telah aku mulakan dan akhirkan, dan apa yang telah aku lakukan dengan terang dan sembunyi, Engkaulah Yang Memulakan dan Mengakhirkan, Tiada Tuhan Melainkan Engkau"
إِلَهِيْ، أَذْنَبْتُ فِيْ بَعْضِ الأَوْقَاتِ، وَآمَنْتُ بِكَ فِيْ كُلِّ الأَوْقَاتِ، فَكَيْفَ يَغْلُبُ بَعْضُ عُمْرِيْ مُذْنِبًا جَمِيْعَ عُمْرِيْ مُؤْمِنًا؟
!.
"Ya Tuhanku, aku melakukan dosa pada sebahagian waktu sedangkan aku beriman kepadaMu pada setiap waktu, bagaimanakah dosa-dosa yang telah aku lakukan pada sebahagian usiaku boleh mengatasi keimananku pada sepanjang usiaku?"
إِلَهِيْ، كَيْفَ أَمْتَنِعْ بِالذَّنْبِ مِنَ الدُّعَاءِ، وَلاَ أَرَاكَ تَمْنَعُ مَعَ الذَّنْبِ مِنَ الْعَطَاءِ، فَإِنْ غَفَّرْتَ فَخَيْرُ رَاحِمٍ أَنْتَ، وَإِنْ عَذَّبْتَ فَغَيْرُ ظَالِمٍ أَنْتَ
"Ya Tuhanku, bagaimanakah aku menghalang dari berbuat dosa dengan berdoa sedangkan aku tidak melihatMu menghalang memberi dosa, jika Engkau ampunkan maka Engkaulah Maha Pengasihani, dan jika Engkau memberi azab maka Engkau bukanlah zalim"
اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّيْ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ، خَلَقْتَنِيْ وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ ، وَأَبُوْءُ بِذَنْبِيْ، فَاغْفِرْ لِيْ، فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ
.
"Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, Tiada Tuhan Melainkan Engkau, Engkau telah menjadikan aku sebagai hambaMu, dan aku berjanji denganMu mengikut kemampuanku, aku berlindung denganMu dari kejahatan yang telah aku lakukan, aku mengaku atas segala nikmat Engkau kepadaku, dan aku mengaku segala dosaku, ampunilah aku, sesungguhnya tiada yang boleh mengampunkan melainkan Engkau"
أَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ الَّذِيْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّوْمُ، وَأَتُوْبُ إِلَيْهِ
.
"Aku memohon keampunan dengan Allah Yang Maha Agong, Yang Tiada Tuhan Melainkan Dia, Yang Maha Hidup dan Kekal, dan aku bertaubat kepadaNya"
ماَ أَعْظَمُ مَا نَذْنَبُ فِيْ حَقِّكَ، وَمَا أَوْسَعُ مَا تَغْفِرْ لَنَا! مَا أَعْظَمُ نِعَمِكَ عَلَيْنَا، وَمَا أَكْثَرُ كُفْرَانَنَا بِهَا! مَا أَعْظَمُ اجْتِرَاءَنَا عَلَيْكَ، وَمَا أَعْظَمُ حِلْمِكَ عَلَيْنَا
!
"Betapa besarnya dosa kami terhadapMu dan betapa luasnya keampunanMu terhadap kami! Betapa besarnya nikmatMu terhadap kami dan betapa kufurnya kami dengannya! Betapa besarnya kebiadapan kami terhadapMu dan betapa besarnya kasih sayangMu terhadap kami!"
اللَّهُمَّ بَاعِدْ بَيْنِيْ وَبَيْنَ خَطَايَايَ كَمَا بَاعَدْتَ بَيْنَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ، اللَّهُمَّ اغْسِلْنِيْ مِنْ خَطَايَايَ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ. اللَّهُمَّ نَقِّنِيْ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ الأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ
.
"Ya Allah, jauhilah aku dari segala kesalahanku sebagaimana Engkau jauhkan antara timur dan barat, Ya Allah, basuhlah segala kesalahanku dengan air, salji yang sejuk. Ya Allah, bersihkanlah segala kesalahanku sepertimana dibersihkan baju putih dari kekotoran"
رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ، وَتُبْ عَلَيْنَا إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ، اللَّهُمَّ تُبْ عَلَيْنَا تَوْبَةً نَصُوْحًا، نُجَدِّدُ بِهَا إِيْمَانَنَا، وَتُغْسِلُ بِهَا قُلُوْبَنَا، وَتُغْفِرُ بِهَا ذُنُوْبَنَا، وَتُبَدِّلُ بِهَا سَيِّئَاتَنَا حَسَنَاتٍ
.
"Ya Tuhan kami, terimalah daripada kami, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui, terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat Lagi Maha Pengasihani, Ya Allah, terimalah taubat kami sebagai Taubat Nasuha, supaya kami dapat memperbaharui iman kami, menyucikan hati-hati kami, diampunkan segala dosa kami dan digantikan segala keburukan kami dengan kebaikan"
اللَّهُمَّ تَقَبَّلْ صَلاَتَنَا وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَتِلاَوَتَنَا، وَصَالِحَ أَعْمَالَنَا، اللَّهُمَّ وَمَا قَصَّرْنَا فِيْهِ فَاغْفِرْهُ لَنَا إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ
.
"Ya Allah, terimalah segala solat kami, puasa kami, bangun malam kami, bacaan Al-Quran kami dan segala amal kebaikan kami, Ya Allah, Engkau ampunkanlah segala kekurangan kami, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Pengasihani"
اللَّهُمَّ يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ وَالأَبْصَارِ، ثَبِّتْ قُلُوْبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ، وَلاَ تُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا، وَلاَ تُفْتِنَّا فِيْ دِِيْنِنَا، وَاجْعَلْ يَوْمَنَا خَيْرًا مِنْ أَمْسِنَا، وَاجْعَلْ غَدَّنَا خَيْرًا مِنْ يَوْمِنَا، وَاجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا أَوَاخِرَهَا، وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِيْمَهَا، وَخَيْرَ أَيَّامِنَا يَوْمَ نَلْقَاكَ
.
"Ya Allah, Yang Maha Berkuasa atas segala hati dan mata, tetapkanlah hati-hati kami dengan mentaatiMu, dan janganlah Engkau memalingkan hati-hati kami selepas Engkau memberi hidayah kepada kami, janganlah Engkau turunkan fitnah atas agama kami, jadikanlah kami pada hari ini lebih baik dari semalam, dan jadikanlah kami pada hari esok lebih baik dari hari ini, dan jadikanlah sebaik-baik umur kami pada hujungnya dan sebaik-baik amalan kami pada akhirnya dan sebaik-baik hari kami ialah pada hari kami berjumpa denganMu"
Wednesday, June 30, 2010
Siapa Pemenang Bola Piala Dunia Tahun Ini?



Piala dunia??
Piala dunia, piala dunia juga....
Piala Allah di Akhirat kelak bagaimana? Pun kena bersungguh-sungguh.
Mafhum hadith Nabi "Siapa yang hendakkan dunia mestilah ia berilmu, siapa hendakkan Akhirat mestilah ia berilmu dan sekiranya hendak kedua-duanya mestilah ia berilmu.
Sekadar renungan bersama. Wassalam.
Ustz Hj. Mohd Uzaini (skaks.2010)
Thursday, June 24, 2010
10 Muwasofat Tarbiah

1) Aqidah Sejahtera
*Tidak menjampi kecuali dgn al-Quran yg ma’thur
*Tidak berhubung dengan Jin
*Tidak meminta bantuan dari orang yg meminta bantuan jin
*Tidak menenung nasib
*Tidak mendekati tukang tilik
*Tidak mengusap kubur
*Tidak meminta bantuan dari simati
*Tidak bersumpah dgn selain Allah
*Tidak mempercayai adanya sial
*Mengikhlaskan amal kerana Allah
*Mengimani rukun-rukun Iman
*Mensyukuri Allah swt ketika menerima nikmat
*Sentiasa sedar Syaitan adalah musuh
*Menerima sepenuhnya dari Allah dan menolak sesuatu yg di turunkan selain Allah swt
2)Ibadah Yang Sahih
*Tidak menolak utk azan
*Bersuci dgn sempurna
*Sangat menghargai solat berjemaah
*Sangat suka berjemaah di masjid
*Memperbaiki mutu solat
*Qiamullail seminggu sekali
*Menunaikan zakat
*Berpuasa wajib
*Berpuasa sunat sehari setiap bulan
*Ada niat utk menunaikan haji
*Beriltizam dgn adab-adab tilawah
*Khusyuk ketka membaca al-Quran
*Menghafaz 1 juzuk dari al-Quran
*Berdoa pada waktu-waktu yg diutamakan
*Mengakhiri harinya dengan taubat dan istighfar
*Menjadikan setiap amalan mempunyai niat
*Menjauhi dosa-dosa besar
*Sentiasa membaca zikir pagi
*Sentiasa membaca zikir petang
*Mengingati Allah swt pada setiap situasi
*Menunaikan Nazar
*Menyebarkan Salam
*Menahan anggota dari perkara haram
*Beri’tikaf di bulan Ramadhan jika ada peluang
*Menggunakan sugi/siwak
*Sentiasa bersuci (berwudhuk) sedaya mungkin
3) Akhlak Yang Mantap
*Tidak takabbur
*Mempunyai pendirian
*Tidak menipu
*Tidak mencaci
*Tidak mengadu domba
*Tidak mengumpat
*Tidak berdusta
*Tidak mengejek
*Tidak memperlekehkan sesuatu kumpulan
*Tidak berkawan dgn orang yg berkelakuan buruk
*Mengasihi orang yg lebih muda
*Menghormati orang yg lebih tua
*Menunaikan janji
*Menundukkan pandangan
*Menjaga rahsia
*Menutup dosa orang lain
*Cemburu terhadap isteri
*Mempunyai perasaan cemburu atas agamanya
4)Mampu Bekerja
*Mejauhi pekerjaaan yang haram
*Menjauhi riba
*Menjauhi judi
*Menjauhi penipuan
*Menunaikan zakat
*Membuat simpanan walaupun sedikit
*Tidak menangguh-nagguhkan tugasan yg diamanahkan
*Memelihara harta awam
*Memelihara harta peribadi
5) Berpengetahuan luas
*Mampu membaca dan menulis dgn baik
*Membaca tafsir 1 juzuk dari al-Quran
*Memelihara hukum-hukum tilawah
*Menghafaz setengah dari hadith 40
*Menghafaz 20 hadith dari Riadhussalihin
*Mengkaji marhalah Makkah dan menguasai ciri-cirinya yg penting
*Mengenali sepuluh orang yg dijanjikan Syurga
*Mengetahui hukum-hukum taharah/bersuci
*Mengetahui hukum-hukum solat
*Mengetahui hukum-hukum puasa
*Membaca sesuatu diluar bidangnya. 4 jam seminggu
*Memahirkan diri dengan wasilah-wasilah moden
*Sentiasa peka akan serangan Zionis terhadap Islam
*Mengetahui pertubuhan-pertubuhan yg menyeleweng
*Mengetahui aspek keburukan dari perancang keluarga
*Mendengar dengan baik
*Mampu memberikan pandangan
*Bersedia menerima tugas-tugas kolektif
*Tidak menerima syubahat yg dilemparkan keatas kita
6) Tubuh Yang Cergas
*Bersih tubuh badan
*Bersih pakaian
*Tempat tinggal yg bersih
*Beriltizam dgn sunnah (adab) makan dan minum
*Tidak berjaga malam berlebihan
*Iltizam dgn senaman 2 jam seminggu
*Bangun sebelum terbit fajar/subuh
*Mematuhi kaedah membaca dari aspek kesihatan
*Meninggalkan tabiat merokok
*Menjauhi tempat-tempat kotor
*Menjauhi tempat-tempat berpenyakit
7)Mujahadah (Menguasai Diri)
*Menjauhi perkara-perkara haram
*Menjauhi tempat-tempat lalai yg diharamkan
*Meninggalkan tempat-tempat maksiat
8)Teratur urusannya
*Penampilan yg elok
*Tidak mempunyai hubungan dgn pihak yg menentang Islam
9)Sangat Menghargai Masa
*Bangun awal
*Menggunakan masa tertentu utk belajar
10)Bermanfaat Kpd Orang Lain
*Menunaikan hak ibu bapa
*Menunaikan hak sesama orang lain
*Menyertai majlis-majlis kegembiraan
*Membantu orang-orang yg memerlukan
*Membimbing orang yang sesat
*Berkahwin dgn pasangan yg sesuai
**ayuh ikhwah sekalian kita terapkan semua sifat tersebut dalam kehidupan seharian.
Hal ini agar dapat melahirkan muslim yang mu'min dan mu'min yang muttaqin.
Bersamalah kita bergerak membina generasi harapan..
Monday, June 21, 2010
Namaku...
| MOHD UZAINI | |
| M | Mesra |
| O | Oportunis |
| H | Harum |
| D | Dinamik |
| U | Untung |
| Z | Zingy |
| A | Amanah |
| I | Ikhlas |
| N | Naif |
| I | Idealistik |
| Apa ada pada nama? | |
Subscribe to:
Posts (Atom)


