Tuesday, July 19, 2011

Sasaran Saka Vol 2 - Ustaz Kazim Elias

4 Tahap Mendidik Anak

  • TAHAP PERTAMA - Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (~6 tahun). Hendaklah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang.
  • TAHAP KEDUA - Anak berumur 7 tahun sehingga baligh (~14 tahun). Hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, displin dan beri tanggungjawab.
  • TAHAP KETIGA - Anak berusia 15 tahun hingga dewasa (~21 tahun). Hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi tidak bertentangan dengan syariat.
  • TAHAP KEEMPAT - Anak berusia lebih daripada 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberi mereka kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat. Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakan mereka terkawal.

Begitulah pendekatan yang digunakan oleh junjungan besar kita. Malah kita semua sedia maklum bahawa Rasulullah s.a.w merupakan seorang insan yang sangat-sangat kasihkan kanak-kanak.


Kesimpulannya... lengkapkan diri kita dengan ilmu untuk menjadi ibu bapa yang terbaik untuk "amanah Allah" yang telah dikurniakan kepada kita. Ia boleh ditimba melalui buku-buku, kursus keibu bapaan, belajar dari pengalaman orang terdahulu dan pelbagai sumber lain. Peningkatan ilmu ini perlu sebagai pelaburan anda untuk melindungi dan menyuburkan aset paling berharga... iaitu anak anda.

Tuesday, July 12, 2011

Tagisan & Air Mata


Wahai sahabatku ,ini adalah bingkisan dariku utk tatapan dan utk pedoman seharian kita dimuka bumi ini.....

Jenis-Jenis Air mata

Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis
1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.


"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (An
Najm : 43)


Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumber nya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia
tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?.kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini.



Tangis tercela atau terpuji ??
Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian.


Ada pula tangisan sangat-sangat! di puji dan di tuntut iaitu tangisan
kerana menginsafi dosa-dosa y ang silam atau tangis kerana takut akan azab
dan siksa Allah.



Tangisan dapat memadamkan api Neraka
"Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan air
mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan
di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."



Air mata taubat Nabi Adam a.s
Beliau menangis! selama 300 tahun tanpa mendongak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atasgunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip.


Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapaekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, "Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya.


Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan,

"Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada airmata taubat mu!."



Air mata yang tiada di tuntut

1. Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya.
2 . Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan. Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
3. Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.
4. Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang ! bersedekah buat amalan.
5. Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezki itu adalah pemberian Tuhan.


Dari itu??..


Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk
menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala
dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan
mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.


Berkata Salman Al Faarisi r.a
Aku di buat menangis atas 3 perkara jua :
1) Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat-sahabat.
2) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Isra! il datang mencabut nyawanya.
3) Aku tidak tahu samada aku akan di p erintahkan untuk ke syurga atau neraka.



Air mata tanda rahmat Tuhan
Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya & perhatikanlah 3 perkara.
1) Apabila dahi nya berpeluh.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.


Kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat.
(riwayat dari Salman al Faarisi)


Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
1 ."Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
2 .Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
3. Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
4 . dosa-dosa ya! ng silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memilikimu."

Sampaikanlah walau satu ayat" al- hadis

Tuesday, July 5, 2011

Hukum Mengenai Penyu..



Hukum Makan Penyu


Pendapat pertama: Haram makan.Ini pendapat ulama syafie dan Hanafi. Ulama syafie mengharamkan penyu kerna ia adalah perkara yang menjijikkan. Firman Allah: “Dan Rasulullah saw mengharamkan kepada mereka perkara-perkara yang menjijikkan.” (56: al-A’raf)

Pendapat kedua: Halal jika disembelih.Ini pendapat mazhab Hambali.

Pendapat ketiga: Halal dimakan.Ini mazhab Hambali dan juga imam Nawawi dalam kitabnya majmuk syarhul mazhab.


Hukum Telur Binatang Yang Tidak Boleh Dimakan.

Mazhab Hanafi:Sekiranya telur keluar dari binatang yang mempunyai darah mengalir seumpama gagak, maka telurnya najis mengikut dagingnya. Maka tidak boleh dimakan. Sekiranya telur keluar dari binatang yang tidak ada darah yang mengalir sperti lebah maka telurnya adalah bersih mengikut dagingnya. Telurnya boleh dimakan kerna ia bukannya bangkai.


Mazhab Maliki:Semua telur yang keluar dari haiwan yang hidup atau yang disembelih adalah halal disisi mereka. Ini kerana mereka tidak membahagikan haiwan-haiwan yang bertelor kepada yang dagingnya boleh dimakan atau tidak. Semua telur adalah halal bagi mereka melainkan telur yang ditakuti racunnya seperti cicak. Pengharaman telor bagi mereka hanyalah telur yang memberi mudarat.


Mazhab Syafie: Imam Nawawi menyatakan bahawa telur binatang yang hidup yang tidak dimakan adalah bersih dan halal dimakan. Ianya bersih kerana asal bagi haiwan yang bersih adalah bersih. Ianya dimakan kerana tidak menjijikkan.


Namun Imam Bulqini (ulama mazhab Syafie) berkata: “Sesungguhnya pendapat imam Nawawi di dalam kitab Majmuk menyalahi nas kitab al-Um, an-Nihayah, at-Tamimmah dan al-Bahr yang menegah dari memakan telur binatang yang tidak boleh dimakan. Sekalipun kita menyatakan bersihnya telur tersebut, tetapi tidak ada kitab2 mazhab Syafie yang menyalahi nas yang menyatakan haramnya telur binatang yang tidak boleh dimakan.


Mazhab Hambali:Ulama mazhab ini menjelaskan bahawa telur binatang yang tidak boleh dimakan adalah najis dan tidak halal dimakan. Hujjah pendapat ini adalah telur adalah sebahgian haiwan. Apabila haiwan tidak boleh dimakan maka telur yang sebahgian darinya juga tidak boleh dimakan.


Kesimpulan: Telur penyu adalah perkara yang ada perselisihan ulama terhadap hukum memakannya. Ada yang menghalalkannya seperti Imam Nawawi dari ulama Syafie dan mazhab Maliki. Mazhab hanafi dan sebahgian besar ulama syafie pula mengharamkannya. Kita perlu berlapang dada dlm perkara yg khilaf.


Setiap muslim perlu berhati2 ketika bercakap tentang hukum. Hukum hanya boleh dikeluarkan oleh muslim yang sudah sampai peringkat ijtihad. Penceramah, jawatan mufti, gelaran doctor falsafah tidak menunjukkan seseorang itu bergelar mujtahid. Ia perlu kepada kelayakan ilmu yg sgt tinggi. Firman Allah:


“Dan janganlah kamu berkata bohong mengikut sedap mulut mu , yang ini halal dan yang ini haram untuk mereka pembohongan terhadap Allah taala. Sesungguhnya orang2 yang mereka pembohongan terhadap Allah adalah orang yang tidak berjaya.” (116: an-Nahl)


Seorang muslim wajib mempelajari fardu ain untuk mempelajari halal dan haram dengan guru yg berilmu. Bukan hanya sekadar mengambil dari mana2 sumber yang tidak pasti. Imam Ibnu sirin berkata:

العلم دين فانظروا عمن تأخذوا دينكم
Maksudnya: “Ilmu adalah agama. Lihatlah daripada siapa kamu ambil agamamu.” (Sahih Bukhari.)

Saturday, July 2, 2011

Siapa Orang Yang Bankrap Di Hari Kiamat



Ertinya: Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tahukah kamu siapakah orang yang muflis itu?”

Sahabat menjawab: “Orang yang muflis di kalangan kami ialah seseorang yang tidak memiliki dirham (wang) dan juga tidak memiliki harta.”

Lalu Nabi s.a.w. bersabda:”Sebenarnya orang yang muflis dari kalangan umatku ialah seseorang yang datang pada hari qiamat dengan membawa pahala sembahyang, puasa dan zakat, tetapi (dahulunya sewaktu di dunia) ia pernah mencaci maki si fulan, menuduh si fulan, memakan harta si fulan, menumpahkan darah si fulan, dan pernah memukul si fulan.

Maka akan diberikan kepada orang yang teraniaya itu daripada pahala kebaikan orang tadi dan begitu pula seterusnya terhadap orang lain yang pernah teraniaya , ia akan diberikan pula daripada pahala kebaikan orang tadi, sehingga apabila telah habis pahalanya sedangkan bebanan dosa penganiayaannya belum lagi dijelaskan (belum dapat dibayar semua), maka akan diambil daripada kesalahan orang yang teraniaya itu lalu dibebankan kepada orang tersebut, maka selanjutnya orang itu akan dicampakkan ke dalam api neraka.”

(Hadits Riwayat Muslim)


Keterangan:


Kita hendaklah berhati-hati dan berwaspada daripada sebarang dosa dan kesalahan. Kita hendaklah selalu meminta ampun kepada Allah s.w.t. dan hendaklah meminta maaf kepada orang yang teraniaya daripada perbuatan kita. Kita hendaklah meminta halal daripadanya ketika kita masih ada dalam dunia ini, walaupun terkadang kita terpaksa merendahkan diri dan terpaksa menyusun sepuluh jari untuk meminta maaf daripada orang-orang yang berkenaan.


Biarlah kita dipandang rendah atau hina di dunia ini, asalkan kita terlepas dari bebanan dosa pada hari qiamat nanti. Kita hendaklah bersedia menebus dosa dan kesalahan walaupun dengan maruah dan dengan harta benda yang ada, kerana kita takut jadi terlambat sehingga tiba saat kematian atau kematian orang yang teraniaya dari perbuatan kita, maka terpaksa kita berhadapan dengan orang yang berkenaan di Mahkamah Agung Rabbun Jalil, iaitu di padang Mahsyar nanti.



Pada kala itu, tiada seorang juga pun yang mahu menerima harta benda sebagai tebusan dosa. Yang mereka mahukan hanyalah bayaran daripada pahala ibadat yang telah kita lakukan di dunia dahulu, yang mana kita pun pada waktu itu sangat berhajat kepada pahala amalan tersebut. Baiklah kalau pahala yang ada cukup untuk menebus dosa. Kalau tak cukup, maka terpaksa kita menanggung bebanan dosa mereka ke atas bahu kita yang akan menjerumuskan kita ke dalam lubang api neraka. Na’uzubillah min za lik.


Oleh Al-Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam Al-Banjari An-Nadwi Al-Maliki
(Dipetik daripada kitab 40 Hadits Penawar Hati)

Thursday, June 23, 2011

15 Perkara Penyebab Bala Allah..



A
ssalamualaikum.Just untuk peringatan diri sendiri dan renungan kita bersama.


Ali bin Abi Thalib r.a, meriwayatkan daripada Rasulullah SAW bahawa beliau bersabda; “Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu:

1.Apabila (Maghnam) harta milik umum atau negara hanya berkisar di kalangan elit tertentu

2. Apabila (aset) amanah dijadikan sebagai habuan diri (ghanimah)

3. Zakat dianggap sebagai beban hutang (diperniagakan)

4. (Kehendak) suami dikuasai oleh kehendak isteri (Queen Control)

5. Anak menderhakai ibunya

6. Tapi ia berbaik-baik (patuh) dengan (kehendak) kawannya

7. Ayahnya (pula) disingkir jauh

8.
Rioh rendah dan kecoh di dalam masjid (atas sebab dunia)

9. Yang menjadi ketua sesuatu bangsa adalah orang yang fasiq (jahat dan derhaka kepada Allah)

10. Seseorang dimuliakan kerana (hendak menghindari) kejahatannya

11. Arak menjadi minuman lumrah

12. Sutera menjadi pakaian (golongan lelaki)

13. Golongan artis (biduan) disanjung-sanjung

14. Manakala muzik menjadi budaya pujaan

15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat dan Ulama)


Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah (radioaktif dan gas beracun?) atau gempa bumi, tanah jerlus, manusia bertukar sifat (menjadi binatang) ..Dalam hadith riwayat Abu Hurairah mengenai hal ini terdapat tambahan seperti berikut..."dan (Qazafan) tembakan, lontaran (bom?)serta tanda-tanda lain yang datang secara berturut-turut bagaikan butir manik yang terputus benangnya dan jatuh bertubi-tubi satu lepas satu”.

(Hadith riwayat Tirmizi) "


Wallahualam..