Tuesday, January 24, 2012

Maulid Nabi

  • Siapakah orang yang pertama menyambut maulid Nabi???

Sambutan peringatan Maulid Nabi pertama kali dilakukan oleh Raja Irbil (wilayah Iraq sekarang), bernama Muzhaffaruddin al-Kaukabri.

  • Sejak bilakah sambutan maulidur rasul ini diadakan?

Ia dimulakan oleh Sultan Muzhaffaruddin pada awal abad ke 7 hijriyah.

Ibn Katsir dalam kitab Tarikh berkata:

“Sultan Muzhaffar mengadakan peringatan maulid Nabi pada bulan Rabi’ul Awwal. Beliau merayakannya secara besar-besaran. Beliau adalah seorang yang berani, pahlawan,` alim dan seorang yang adil -semoga Allah merahmatinya-”.

  • Apakah hukum menyambut Maulid Nabi?

Peringatan Maulid Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam yang dirayakan dengan membaca sebagian ayat-ayat al-Qur’an dan menyebutkan sebagian sifat-sifat nabi SAW yang mulia, ini adalah perkara yang penuh dengan berkah dan kebaikan kebaikan yang agung. Tentunya perayaan tersebut terhindar dari bid`ah-bid`ah sayyi-ah yang dicela oleh syara’.



Sebagaimana dijelaskan di atas, perayaan Maulid Nabi mulai dilakukan pada permulaan abad ke 7 Hijrah. Ini bererti perbuatan ini tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam, para sahabat dan generasi Salaf.



Namun demikian, ini tidak bererti hukum perayaan Maulid Nabi dilarang atau sesuatu yang haram. Kerana segala sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam atau tidak pernah dilakukan oleh para sahabatnya belum tentu bertentangan dengan ajaran Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam sendiri.



Para ulama’ menyatakan bahawa perayaan Maulid Nabi adalah sebahagian daripada bid`ah hasanah (yang baik). Ertinya bahawa perayaan Maulid Nabi ini merupakan perkara baru tetapi ia selari dengan al-Qur’an dan hadith-hadith Nabi dan sama sekali tidak bertentangan dengan keduanya.

Tuesday, January 17, 2012

Kesan Perasaan Takut Pada Anak.

Selalu tak menonton TV bersama dengan anak? Memang saya pernah katakan cuba kurangkan menonton TV. Bukan sahaja mencuri masa kita bersama keluarga malah mencuri masa kita menguruskan selain ia tidak baik untuk anak-anak kita. Tapi andaikata, hendak juga menonton TV, terutama cerita seram yang sukar untuk kita lepaskan kerana intro iklannya yang terlalu selalu diulang-ulang, di siarkan, pastikan menontonnya ketika anak tiada.. contohnya mereka sudah tidur atau pergi keluar bermain. Mengapa cerita seram terlalu banyak dikeluarkan oleh penerbit filem kita? Mudah saja logik jawapannya... kerana sambutannya yang menggalakkan. Peminatnya ramai.. Kalau tiada demand, tiada supply. Kita adalah asas senario di arena perfileman di negara kita sendiri! Menyebabkan orang ramai terutama kanak-kanak yang tidak mengerti apa-apa lebih takutkan hantu dari TUHAN!



Takut pada kanak-kanak ini bukan sahaja datang dari cerita di TV. Kadang-kadang ia datang dari ibubapa itu sendiri. Ada ibubapa yang menakutkan anak sendiri dengan kegelapan, atau apa sahaja yang ditakuti oleh anak seperti lipas, serangga, cicak dan sebagainya. Mungkin niat kita melakukan pada mulanya adalah untuk bergurau dengan anak tetapi penerimaan anak kita pula adalah satu ketakutan dan bukannya gurauan.



Sekadar berkongsi kata-kata dari 'Arb Bin Saad : "Anak-anak akan lemah badannya bila diserang rasa takut, penat dan mungkin dihinggapi kebodohan apabila sering ditakut-takutkan. Sikap selalu menakut-nakutkan anak boleh membunuh perasaaan dan jiwanya lalu menyebabkan nilai-nilai murni dalam dirinya mati. Sesiapa yang mati perasaannya, tidak diharapkan daripadanya sebarang kebaikkan. Hidupnya juga tidak akan membuahkan hasil."

(dari 'Arb bin Saad)


Apa kata untuk tahun baru ini, kita berhenti menonton filem seram bersama anak dan gantikan masa TV atau masa mahu masuk tidur dengan mereka, kita bercerita tentang kisah keagungan Islam zaman dahulu..
Wassalam...

Wednesday, January 4, 2012

Surah2 Dalam Al-quran Menyebut Tentang EMAS

Surah Al-Israa',Ayat 93]
Atau (sehingga) engkau mempunyai sebuah rumah terhias dari emas; atau (sehingga) engkau naik ke langit; dan kami tidak sekali-kali akan percaya tentang kenaikanmu ke langit sebelum engkau turunkan kepada kami sebuah kitab yang dapat kami membacanya”. Katakanlah (wahai Muhammad):” Maha Suci Tuhanku! Bukankah aku ini hanya seorang manusia yang menjadi Rasul?


[Surah Al-Kahfi,Ayat 31]
Mereka itu, disediakan baginya syurga yang kekal, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan emas, dan memakai pakaian hijau dari sutera yang nipis dan sutera tebal yang bersulam; mereka berehat di dalamnya dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias). Demikian itulah balasan yang sebaik-baiknya dan demikian itulah Syurga tempat berehat yang semolek-moleknya.

[Surah Al-Hajj,Ayat 23]
Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam Syurga yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera.

[Surah Az-Zukhruf,Ayat 53]
“(Kalau betul ia seorang Rasul) maka sepatutnya ia dipakaikan (oleh Tuhannya) gelang-gelang emas (yang menandakan ia seorang pemimpin), atau datang malaikat bersama-sama dengannya (sebagai saksi tentang kebenarannya)?”


[Surah Az-Zukhruf,Ayat 71]
Diedarkan kepada mereka pinggan-pinggan besar dan piala-piala dari emas; dan di dalam Syurga itu pula disediakan segala yang diingini oleh nafsu serta di pandang indah oleh mata; dan (dikatakan kepada mereka): “Kamu adalah tetap kekal di dalamnya”.

Emas kekal sehingga ke akhirat!Emas dan perak bukan setakat didunia sahaja,malah juga berperanan di akhirat kelak.Sama ada dalam syurga atau neraka.Tuhan menyebut di dalam Al-Quran betapa orang yang kufur dengan nikmatNya akan dibakar bersama emas dan perak tersebut.Ini hukuman bagi orang yang tidak membayar zakat atau mereka yang menggunakan emas,perak itu untuk menindas orang miskin,membeli hamba abdi dan menjatuhkan maruah wanita ke lembah pelacuran dan lainnya.Manakala,bagi mereka yang beriman, dipakaikan gelang emas pada tangan mereka.Ia sesuatu yang diharamkan bagi lelaki di dunia ini,tetapi dihalalkan bagi mereka di akhirat kelak.Orang2 yang beriman,tentulah akan membayar zakat dan ini menyebabkan harta itu berkitar semula kepada Muslimin dan dengan cara inilah orang-orang yang susah akan mendapat bantuan dan imbuhannya.

Tidak disebut langsung tentang duit kertas ringgit malaysia, dollar Amerika,Rupee,Rupiah Indonesia,pesos Filipina atau New Shekels(ILS)Israel.

Saturday, December 17, 2011

Emas Oh Emas...

Nak beli Emas?
Hubungi Saya : Hj Mohd Uzaini b Hj Mad Zaid (Agent Triplenine- Alor Gajah, Melaka)
H/P : -019-3814939 @ www.mytriplenine.com untuk harga emas terkini TRIPLENINE...

____________________________________________________________

Pada zaman Rasulullah SAW harga seekor kambing adalah sebanyak 1 dinar, dan pada masa sekarang , harga seekor kambing juga adalah 1 dinar. Nampak bukan kehebatan emas ini.

"Abu Bakar Ibn Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat Islam. Maka simpanlah dinar dan dirham." musnad IMAM AHMAD IBN HANBAL.

Wassalam...