Tuesday, June 1, 2010

Doakan Saudaramu di Palestine!




BISMILLAHIRAHMANIRAHIM...
Ya Allah sebagaimana Kau pernah menghantar burung² ababil untuk menghancurkan tentera bergajah Musrikin.
Maka kami memohon padamu Ya Allah, turunkanlah bantuan-Mu kali ini kepada org² Islam di Palestin, hancurkanlah rejim zionis sedahsyat-dahsyatnya ! Amin Ya Robal Alamin..
(Amalan:- Qunut Nazilah)

Wednesday, May 26, 2010

Bola atau Judi ?

Berkelana...(Sekadar Renungan Bersama)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih

Tuhan memanggil, ku tidak menyahutnya

Tuhan memanggil, aku mendengar saja

Tuhan memanggil ,aku ku sahut sekali sekala

Tuhan memanggil, aku ku cuba menerimanya…2x

Tuhan memanggil ,ku sahut bertalu-talu

Tuhan memanggil, ku jemu menyahutnya

Tapi aku memaksa diriku menerimanya… 2x

Itulah diri aku belum jinak dengan tuhan

Ku akan jinakkan dengan berkelana…….

**Seni kata lagu ‘Berkelana’ nyanyian Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim semasa bersama Rabbani suatu masa dahulu.


Sabda Nabi S.A.W.:

“ Apalah aku ini dengan dunia! Sesungguhnya perumpamaan diriku dan dunia adalah seperti seorang musafir, tidur sejenak di siang hari di bawah pokok untuk berehat kemudian meneruskan perjalanan dan meninggalkannya.”

Sunday, May 23, 2010

Tanda taqwa atau takut kepada Allah itu dapat dilihat dalam 7 perkara :

* Pertama, seseorang itu menjaga lidahnya daripada melakukan fitnah, mencela, mencaci, mengumpat dan sebagainya

* Kedua, seseorang itu menjaga hati agar bersih daripada sifat hasad yang memakan kebaikan sebagaimana api yang memakan kayu

* Ketiga, memelihara mata daripada melihat perkara haram yang boleh menggelapkan hati. Sebab itu janganlah melihat perkara terlarang demi untuk mendidik hati

* Keempat, menjaga perut agar tidak diisi dengan makanan yang haram, kerana malaikat akan melaknat selagi makanan yang haram berada di dalam tubuh kita

* Kelima, menjaga kedua-dua tangan supaya tidak digunakan untuk melakukan pekerjaan haram

* Keenam, Begitu juga kedua-dua kaki dipelihara supaya sentiasa melangkah untuk taat kepada Allah

* Ketujuh, ketaatan dapat dilihat apabila seseorang melakukan sesuatu semata-mata untuk mencari keredaan Allah serta takut kepada sifat riak dan munafik.


Sesungguhnya hati dan hubungan kita dengan ketaatan terhadap Allah amat rapat. Sebab itu kita hendakah sentiasa berdoa meminta-Nya memelihara hati kita agar sentiasa taat kepada-Nya.

Mafhum Hadith


Antara perkara yang dilihat dapat pahala antaranya :-

1. Pandang kedua-dua wajah ibu-bapa
2.Pandang Al-Quran
3.Kaabah
4.Pandang Laut

Tuesday, May 18, 2010

Anakku Ingatlah Pesanan Ini - Muhd Naufal (1 Thn 1 Bln 2 Minggu) 18.05.2010


10 Pesanan Lukmanul Hakim Kepada Anaknya


Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya:


“Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar.” QS. 31:13


Tiada kata seindah doa dan nasihat yang berguna, Lukmanul Hakim adalah seorang hamba pilihan Allah, yang dianugerahi banyak hikmah dan rahsia kehidupan. Pada anaknya Lukmanul Hakim memberi nasihat, yang sarat makna dan rahsia kehidupan, semuga jadi pegangan.


1. Wahai Anakku yang ku sayangi…

Ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama taqwa, isinya iman dan layarnya adalah tawakkal kepada Allah SWT.


2. Wahai anakku yang ku sayangi…

Sesungguhnya orang-orang yang selalu menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat perjuangan dari Allah. Orang yang insaf dan sedar telah menerima kemuliaaan dari Allah.


3. Wahai anakku yang ku sayangi…

Orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadah dan taat kepada Allah, maka dia bertawadhu’ kepadaNya. Dia akan lebih taat kepada Allah dan selalu berusaha menghindari maksiat.


4. Wahai anakku yang ku sayangi…

Seandainya orang tuamu marah kepadamu (kerana kesalahanmu) maka marahnya orang tuamu itu adalah bagaikan pupuk bagi tanaman.


5. Wahai anakku yang ku sayangi…

Jauhkanlah dirimu dari berhutang kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.


6. Wahai anakku yang ku sayangi…

Selalu berharap kepada Allah tentang segala sesuatu yang menyebabkan dirimu tidak derhaka kepada Allah. Takutlah kepadaNya dengan sebenar takut, tentulah engkau akan terlepas sifat putus asa dari rahmat Allah SWT


7. Wahai anakku yang ku sayangi…

Seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seseorang yang telah rosak akhlaknya akan senantiasa melamunkan perkara yang tidak benar, ketahuilah memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah dari mengembalikan nama baik atau kehormatan.


8. Wahai anakku yang ku sayangi…

Engkau telah merasakan betapa berat memindahkan batu itu dan besi yang amat berat tetapi akan berat lagi dari semua itu, adalah apabila kamu mempunyai jiran tetangga yang jahat.


9. Wahai anakku yang ku sayangi…

Janganlah sekali-kali engkau mengirimkan seseorang yang bodoh menjadi utusan. Jika tidak ada orang yang cerdas dan pintar, sebaiknya dirimu sendiri yang menjadi utusan.


10. Wahai anakku yang ku sayangi…

Makanlah makanan bersama orang-orang yang bertakwa dan musyawarahkanlah urusanmu dengan para alim ulama dengan cara memohon nasihat kepadanya.

Monday, May 17, 2010

Pimpinan Guru Terhadap Muridnya...

Seperti yang disebutkan oleh A1-Imam Ghazali

  1. Kasihan dan bertimbangrasa terhadap muridnya supaya terselamat daripada malapetaka.
  2. Memandu muridnya ke jalan yang diredai syara'
  3. Tidak membiarkan muridnya menerima sebarang nasihat yang tidak baik dari orang lain.
  4. Mengingatkan dengan baik kepada muridnya mengenai bahaya akhlak yang tidak baik.
  5. Mengingatkan muridnya jangan merendah-rendahkan ilmu yang lain yang tidak dipelajarinya.
  6. Menyampaikan ilmu mengikut kadar kemampuan murid.
  7. Kepada murid yang tercicir berilah kepadanya penjelasan yang sesuai sehingga jangan menimbulkan kebosanan belajar kepadanya.
  8. Hendaklah guru beramal dengan ilmunya. Jangan lain apa yang dibuat daripada apa yang dikata.