Thursday, May 13, 2010

Tahukah saudara !

Siapakah yg dijamin memasuki syurga oleh Nabi saw ?
Sesiapa yang memelihara apa yg terdapat antara bibirnya ( mulut )
& apa yg terdapat antara dua kakinya ( kemaluan ) Nabi saw menjamin untuknya syurga.

( Muttafaqun 'alaih )

Tips / Petua Mudah Menghafaz

1. Melazimkan Solat Malam walaupun 2 rakaat
2.Sentiasa berwudhuk
3.Turuti segala perintah Allah
4.Niat makan untuk Ibadah
5.Sentisa bersugi (gosok gigi)

Moga kita dapat mengamalkannya bersama.
Wassalam.

Wednesday, May 12, 2010

Tazkirah Ringkas Pagi Rabu

Adakah saudara sudah membeli rumah di sana( akhirat ) ? Selama ni setiap kita sibuk berfikir ttg rumah di dunia, sesetengah kita tak memikirkan rumah di akhirat langsung.
Dalam hadis rywt Muslim, Nabi saw brsabda, maksudnya, "Sesiapa yg membina masjid kerana Allah di dunia, maka Allah akan membinakan untuknya seperti itu diakhirat".
Mengulas hadis ini,

al-Marhum al-Syikh Dr Walied al-Ani berkata, menjelaskan maksud hadis ini, sesiapa di kalangan kita yg berusaha membuat sumbangan utk membina rumah Allah, atau apa sahaja yg membantu menghidupkan masjid, spt sumbangan utk kelab anak2 masjid,kelab wanita masjid,perpustakaan, pusat komputer dsb adalah termasuk dlm pengertian ini.

Monday, May 10, 2010

Nasihat Ayah Ibu Untukmu


+ Anakku..
+ Bila kau sudah maju ke hadapan
+ Sesekali tolehlah ke belakang
+ Agar tidak kau lupa
+ Bagaimana susahnya menjadi
+ Seorang manusia berguna


+ Anakku..
+ Bila kau berjaya ke kemuncak langit
+ Sesekali pandanglah rumput di bumi
+ Agar tidak kau lupa
+ Tanah tempat asalmu


+ Anakku..
+ Bila kau sudah mencapai segalanya
+ Janganlah kau mendabik dada
+ Kerana Tuhan itu Maha Berkuasa
+ Dalam sekelip mata kau akan menjadi
+ Seorang yang meminta-minta


+ Anakku..
+ Apabila kau telah mendapat apa yang kau impikan
+ Bersyukurlah kerana Dia adalah segala-galanya
+ Jangan sekali-kali kau lupa
+ Bahawa semua itu hanya sementara


+ Anakku..
+ Jika kau gagal mencapai apa yang kau impikan
+ Janganlah kau kecewa menyalahkan takdir
+ Kerana itu adalah sikap yang dibenci olehNya
+ Dan jadilah seorang manusia yang bertaqwa


+ Anakku..
+ Hanya itu nasihat dari ku
+ Buat bekalan di hari depanmu
+ Doaku sentiasa mengiringimu
+ Insyallah keberkatan dunia dan akhirat bersamamu
+ Semoga nasihat ini terpahat di sanubarimu


+ by Nurlisa - Kedamaian Yang Abadi
+ copy sharing from http://www.flickr.com/photos/aeyie/4304624147/

Sunday, May 9, 2010

Kenangan Lalu.. 3 Naim SMRAG 1995-1997


Saya yang berbaju hijau ( Hj Mohd Uzaini Hj Mad Zaid At-tampini ). Pengalaman pertama menjadi Pengawas. Semoga Allah merestui persahabatan ini hendaknya. Amin Ya Rabb.


Y a Allah jadikanlah kenangan ini sebagai satu disiplin untuk mengaharungi kehidupan, pancaroba yang mendatang dan untuk mencapai kejayaan di dua rumah iaitu dunia dan di akhirat. Amin.


Ingatku dalam doa kalian. Salam Hormat Sahabatmu.