Tanggal 25 Rabiulawwal adalah tarikh yang amat gemilang kerana pada tarikh yang sama di Tahun Gajah bertempat di Makkatul Mukarramah, lahirnya junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W.
Allah S.W.T dengan kekuasaanNya membuktikan bahawa baginda Nabi S.A.W adalah seorang nabi, telah menunjukkan buktinya sebelum baginda lahir ke dunia ini lagi. Beberapa perkara luar biasa telah berlaku sebelum kelahiran Nabi S.A.W dan perkara ini dinamakan Irhas.
Semasa Rasulullah S.A.W berada di dalam kandungan, bondanya Aminah tidak merasa susah sebagaimana dialami oleh ibu-ibu yang hamil. Kehamilannya disedari melalui perkhabaran malaikat yang datang kepadanya ketika beliau sedang tidur. Malaikat mengatakan bahawa beliau telah mengandungkan seorang nabi dan penghulu kepada seluruh umat manusia.
Peristiwa serangan tentera bergajah pula disebut di dalam al-Quran surah al-Fil. Tentera ini datang menyerang
Dikatakan juga pada malam kelahiran baginda, berhala-berhala yang terdapat di situ mengalami kerosakan dan kemusnahan. Menurut riwayat daripada Abdul Mutalib, ``Ketika aku sedang berada di Kaabah, tiba-tiba berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada Allah. Lalu aku mendengar suara dari dinding Kaabah berkata, ``telah lahir nabi pilihan yang akan membinasakan orang kafir dan mensucikanku daripada berhala-berhala ini dan akan memerintahkan penyembahan Yang Maha Mengetahui.''
Selain itu di Parsi pula satu goncangan berlaku di mahligai Kisra dan menyebabkan mahligai tersebut retak, manakala empat belas tiangnya runtuh. Keadaan ini merupakan di antara tanda -tanda keruntuhan kerajaan tersebut.
Api di negara Parsi yang tidak pernah padam hampir selama seribu tahun telah padam dengan sendirinya. Api tersebut merupakan api sembahan orang-orang Majusi yang dianggap sebagai tuhan. Peristiwa itu amat mengejutkan orang Parsi.
Dalam waktu yang sama, pada malam kelahiran baginda, Tasik Sava yang dianggap suci tenggelam ke dalam tanah.
Dalam riwayat yang sahih dan masyhur, ketika baginda diasuh oleh ibu susunya iaitu Halimatus Sa'diah, ladang-ladang Halimah kembali menghijau setelah mengalami kemarau. Begitu juga binatang ternakan seperti kambing mengeluarkan susu yang banyak.
Selain itu, nabi tidak pernah diganggu walaupun oleh seekor lalat termasuk juga pakaian baginda. Halimah dan suaminya juga beberapa kali melihat tompokan awan kecil di atas kepala melindungi baginda daripada panas matahari.
Ketika berusia empat tahun, sedang baginda bermain-main dengan saudara susuannya, tiba-tiba datang malaikat mendekati baginda iaitu malaikat Jibril dan Mikail lalu membelah dada baginda dan mengeluarkan segumpal darah dan mencuci gumpalan darah itu dengan air zam-zam, lalu diletakkan semula di tempatnya.
Di samping itu, bukti -bukti tersebut juga dijelaskan di dalam kitab kitab terdahulu seperti kitab Taurat, Zabur dan Injil bahawa baginda adalah rasul yang terakhir.
Maha suci Allah. Benarlah baginda adalah Rasul Allah. Sepatutnyalah baginda dijadikan ikutan
Dipanjangkan Oleh : Ustz. Hj Mohd Uzaini Hj Mad Zaid At-Tampini.
Ahad - 6 /4 /2008 ( 29 Rabiul Awwal 1429 H )
No comments:
Post a Comment