Wednesday, October 3, 2012

Doa Pembuka 12 Pintu

Foto: Doa Pembuka 12 Pintu Kebaikan.......
                                                بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut Baginda. 
          
 أًلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْdan salam sayang pada semua yang sudi singgah di sini. 

Rasulullah s.a.w dikatakan pernah bersabda: ‘ doa adalah senjata orang mukmin’. Jadi di hari yang mulia ini saya ingin berkongsi tentang Doa Pembuka 12 Pintu Kebaikkan… Semoga Allah makhbulkan doa kita semua.
Untuk memudahkan kita membacanya saya turunkan doa pembuka 12 Pintu Kebaikan.. ni sekali lagi:


"Allahumaftah Lii Abwaabil Khairi, wa abwaabas salamah, wa abwaabas sihati, wa abwaaban ni'mati, wa abwaabal barakti, wa abwaabal quwwati, wa abwaabal mawaddati, wa abwaabar rahmati, wa abwaabar rizqi, wa abwaabal 'ilmi, wa abwaabal maghfiroti, wa abwaabal jannati, Ya Arhamar Rohimiin."


Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu syurga. Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.


Sangat baik di amalkan selepas solat fardhu setiap hari… dan boleh jugak di baca semasa solat dhuha sbg penambahan doa.. moga kita dibukakan pintu2 kebaikkan dan dipermudahkan urusan dunia & akhirat… amin.

No comments: